Pilihan PN pasca-KKB
Iklan
PN perlu berani merenung dan mencari jawapan mengapa semangat penyokongnya tidak lagi berkobar-kobar.
PADA permukaannya, PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) tiada kesignifikanannya kerana status quo dikekalkan. PH berjaya kekalkan kerusi ini dan jumlah undi PH dan PN masing-masing cuma berkurang sebanyak 862 dan 612 undi.
Akan tetapi ada dua perkembangan menarik dalam PRK ini yang mungkin menandakan trend baharu.