KKM serah sumbangan RM7 juta, biaya program cegah HIV/AIDS

Iklan
Penyerahan cek sumbangan KKM kepada Yayasan AIDS Malaysia bagi membiayai program pencegahan HIV/AIDS.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan cek sumbangan RM7 juta bagi membiayai program pencegahan HIV/AIDS menerusi modaliti Differentiated HIV Services for Key Populations (DHSKP) di bawah kelolaan Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Pengarah Kawalan Penyakit KKM, Dr Anita Suleiman berkata, Malaysia berjaya menurunkan kes HIV sebanyak 50 peratus sejak ia dilaporkan dalam negara pada tahun 1989.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi program perintis pemberian ubat profilaksis pra pendedahan (PrEP) telah terbukti mampu mencegah penularan penyakit itu sehingga 99 peratus.

"PrEP terbukti berkesan mencegah penularan HIV dan jika ia tidak dititikberatkan HIV boleh menular kepada golongan berisiko tinggi.

Iklan

"Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan masyarakat sivil, kerajaan mahupun badan korporat. Kita tidak mungkin kita boleh mencapai kejayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Amanah MAF, Munir Abdul Aziz; Pengarah

Iklan

Eksekutif, MAF & Majlis AIDS Malaysia (MAC), Jasmin Jalil dan Timbalan Pengarah Eksekutif MAC, Chung Han Yang.

Mengulas lanjut, menurut Anita, sejak 10 tahun lalu, jangkitan HIV sudah tidak lagi menunjukkan penurunan malah, bilangan kes sudah mula menunjukkan peningkatan semula.

Tambah beliau, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penyakit tersebut daripada terus tular dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai keberkesanan dan keselamatan PrEP perlu diperhebat lagi agar pencegahan HIV menjadi lebih menyeluruh.

"Justeru, kita perlu meneroka cara baharu yang terbukti berkesan secara saintifik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Exco MAC, Dr Nur Afiqah Mohd Salleh berkata, Malaysia berupaya mengakhiri penyakit AIDS menjelang 2030 jika ia diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Ujarnya, dengan kerjasama KKM, MAC, Yayasan Sime Darby (YSD) dan MAF merupakan langkah menyeluruh dalam mencegah HIV/AIDS secara holistik.

"Kerjasama semua pihak perlu dilakukan bagi memastikan usaha kami selari dengan keperluan matlamat pembangunan mampan (ESG).

"Bagi merealisasikan matlamat ini, adalah penting untuk kami menyelaraskan usaha dengan pendekatan yang lebih unik dan kreatif,” katanya.