Masalah brek punca lori terbabas, jatuh gaung

Iklan
Ia berpandukan kepada kesan brek sepanjang 415 meter yang terdapat di atas permukaan jalan di lokasi kemalangan.

GUA MUSANG - Masalah brek menjadi punca tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang dinaiki mereka terbas dan terjatuh ke dalam gaung dalam kemalangan di Kilometer 98 Jalan Gua Musang-Lojing di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, ia berpandukan kepada kesan brek sepanjang 415 meter yang terdapat di atas permukaan jalan di lokasi kemalangan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 10.15 pagi, pemandu lori berusia 42 tahun bersama dua lagi penumpang dalam perjalanan menghantar konkrit dari Blue Valley, Cameron Highland menghala ke Lojing.

"Setiba di lokasi kejadian (jalan selekoh, jalan bercerun) lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penutup longkang konkrit," katanya

Iklan

Menurut beliau, lori berkenaan kemudian telah menggelongsor ke dalam gaung.

Lori berkenaan kemudian telah menggelongsor lalu terjunam ke dalam gaung.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan dua lagi mangsa masing-masing berusia 23 dan 28 tahun meninggal dunia di lokasi.

Iklan

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!