Khairal Aslan mulakan kayuhan solo kelilingi Semenanjung

Iklan
Adam Adli melepaskan Khairil Aslan bagi mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk Latihan Pertama Ice Storm Russia Expedition 2025 di Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Penjelajah solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid pada Rabu memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif kardionya untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition pada Februari tahun depan.

Ice Storm Russia Expedition 2025 adalah projek pertama rakyat Malaysia berkayuh dalam suhu -50 darjah Celsius sejauh 655 kilometer di dataran ais tasik air tawar terbesar dunia di sempadan Mongolia dan Rusia di Irkutsk, Rusia.

Iklan
Iklan

Khairil Aslan, 50, berkata, kayuhan mengelilingi jalur penuh Semenanjung Malaysia sepanjang 2,250 kilometer menggunakan ‘Fatbike’ dengan barangan kira-kira 80 kilogram itu dijangka mengambil masa antara 35 hingga 40 hari.

"Ekspedisi saya adalah latihan saya... bulan Februari lepas, saya jadi orang pertama lalui tempat baharu di utara India, saya hadapi suhu -35 darjah Celsius, tempat di mana satu glasier baru habis, yang mengambil masa selama 25 hari.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Flag-Off kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia bagi latihan pertama Ice Storm Russia Expedition 2025 oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim di sini pada Rabu.

Anak kelahiran Batu Kurau, Perak itu berkata, beliau memilih melakukan kayuhan kali ini kerana cuaca di Semenanjung Malaysia ketika ini agak panas dan ia membantu latihan kardionya bagi menjayakan Ice Storm Russia Expedition 2025.

Iklan

"Cabaran kayuhan solo mungkin di kawasan sebelah Jeli iaitu pendakian panjang puncak Titiwangsa dan mungkin keadaan cuaca di Alor Star, Kedah menuju ke Perlis,” katanya.

Sementara itu, Adam Adli berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Khairil Aslan bagi menjayakan Ice Storm Russia Expedition 2025.

"Kita akan tingkatkan kerjasama dengan banyak pihak untuk dapatkan lebih banyak tajaan bukan sahaja dari kerajaan, tetapi swasta dan korporat,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!