Asrama UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri

Iklan
Keadaan motosikal yang musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP pada awal pagi Sabtu lalu.

ARAU - Nasib pelajar yang terkesan susulan kebakaran di aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada awal pagi Sabtu lepas, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pengetua kompleks berkenaan, Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata, pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar yang juga Menteri Kewangan, yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

Mohd Syamil Aklmar berkata, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yang turut meninjau lokasi kejadian hari ini.

Iklan

"Lapan pelajar menerima sumbangan hari ini manakala selebihnya akan diberi kemudian kerana mereka telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut UniMAP luluh hati lihat motosikal terbakar

Iklan

Beliau berkata, sebanyak 564 pelajar terjejas akibat kebakaran itu dan anggaran kos membaik pulih bangunan yang terjejas belum diputuskan.

Pada 11 Mei lepas, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP itu terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 4.43 pagi. - Bernama