Anwar sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa pokok tumbang

Iklan
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi (empat dari kiri, belakang) yang menziarahi keluarga Allahyarham semalam. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham semalam.

Iklan
Iklan

"Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah.

"Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya ALLAH mengetahui gejolak dalam jiwanya,” katanya.

Iklan
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi (kiri) ketika menziarahi keluarga Allahyarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lepas.

Anwar turut mendoakan agar Allahyarham Md Rizal ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudah dan diberi kekuatan menempuh dugaan.

Dalam kejadian pada 7 Mei, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya, selepas terlibat dalam insiden pokok tumbang terbabit.

Iklan

Dalam hantaran berasingan, Anwar berkata, Ahmad Farhan juga mewakilinya menziarahi isteri kepada wartawan TV3 Fareez Azman iaitu Nurain Nazuraa Mohd Ghazali, 29, yang menghidap thyroid storm (krisis tiroid) sehingga disahkan mengalami hyperthyroid (kelenjar tiroid terlebih aktif) oleh doktor pakar.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menziarahi isteri kepada wartawan TV3 Fareez Azman iaitu Nurain Nazuraa Mohd Ghazali, 29, yang menghidap thyroid storm (krisis tiroid) sehingga disahkan mengalami hyperthyroid oleh doktor pakar.

Perdana Menteri berkata ketika lawatan, Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihaknya untuk meringankan kos perubatan yang ditanggung.

"Situasi yang dialami isteri saudara Fareez amat membimbangkan kerana jantungnya terjejas, menyebabkan doktor menasihatkan agar beliau segera menjalani pembedahan membuang tiroid untuk merawat penyakit ini," katanya.

Anwar turut mendoakan Nurain Nazuraa dikurniakan kesembuhan seperti sediakala. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!