Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS. Foto hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.

Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7310/7350 daripada 4.7270/7320 ketika ditutup pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY berlegar pada sekitar 105 mata selepas tinjauan Federal Reserve Bank of New York menunjukkan harga pengguna dijangka meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun depan selepas kekal sekitar 3.0 peratus bagi tempoh empat bulan lepas.

"Sehubungan itu, data mengenai inflasi akan dipantau dengan teliti oleh peserta pasaran khususnya pada laporan Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi bulan April yang akan dikeluarkan malam ini,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Beliau menyatakan bahawa IHP keseluruhan dijangka meningkat kepada 2.2 peratus daripada 2.1 peratus bulan lepas manakala IHP teras diunjurkan menyederhana sedikit kepada 2.3 peratus daripada 2.4 peratus sebelum ini.

"Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati hari ini kerana peserta pasaran akan terus memantau data inflasi,” katanya.

Iklan

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun, meningkat kepada 3.0267/0296 daripada 3.0325/0359 ketika ditutup pada Isnin.

Unit tempatan merosot berbanding pund Britain kepada 5.9407/9457 daripada 5.9215/9278 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1038/1081 daripada 5.0967/1020 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit melonjak berbanding mata wang ASEAN.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4951/4983 daripada 3.4919/4959 semalam dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.8521/8672 daripada 12.8388/8583.

Unit tempatan juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.1/294.5 daripada 293.9/294.4 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.19 berbanding 8.17/8.18 sebelumnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!