‘Dari mana datang naratif PN ditolak?’
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin. (Gambar kecil: Khairul Nadzir)
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan naratif yang timbul berhubung pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) menolak parti berkenaan kerana didakwa memainkan isu raja, agama dan kaum (3R).
Ketua Penerangan Pemuda PN, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pihaknya tidak pasti bagaimana naratif itu boleh timbul pasca PRK dan serta-merta menafikan dakwaan sedemikian.