Tukar strategi tarik semula pengundi Melayu
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian berkaitan PRK DUN KKB yang menutup tirai pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Ariff Aizuddin
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dijangka menukar strategi dengan melancarkan ‘perang’ terhadap dasar-dasar kerajaan bagi menarik semula sokongan pengundi Melayu ekoran undi yang diperoleh daripada kelompok itu merosot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Penganalisis politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, koalisi PN mungkin akan memperkenalkan dasar bayangan kerana tumpuan rakyat ketika ini lebih terarah kepada dasar kerajaan yang dapat membantu kelangsungan hidup mereka.