Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang

Iklan
Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut. Foto/Kredit KLC3

KUALA LUMPUR - Lagi insiden pokok tumbang di ibu negara dengan terbaharu dilaporkan berlaku di hadapan Kuwait Bank berdekatan Jalan Pinang susulan hujan lebat petang ini.

Menurut kemas kini laman X Trafik Radio Astro, laluan trafik perlahan dari arah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan jalan telah ditutup buat sementara waktu susulan insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Insiden difahamkan berlaku sekitar jam 3.30 petang.

Tangkap layar laman X Trafik Radio Astro berhubung insiden berkenaan.

Kemas kini tersebut menambah kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di lokasi kejadian ketika ini.

Iklan

Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman sosial mendapati rata-rata pengguna laman X turut berkongsi video insiden berkenaan.

Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian terbabit.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin dalam kemas kini di laman Instagramnya memaklumkan insiden pokok tumbang itu hampir mengenai kenderaan dinaiki Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan. - AWANI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!