Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media

Iklan
Gambar hiasan Bernama

RIYADH - Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu tersebut bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.

Iklan
Iklan

Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

"Kami juga ingin menjelaskan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) merupakan pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi, Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” katanya.

Iklan

Pihaknya juga berkata, sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.

"Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang”, katanya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!