Golf amal YIDE kumpul lebih RM500,000

Iklan
Hadiah kepada pemenang disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon (tiga kanan). dan Mazlan (kiri sekali).

PETALING JAYA - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan siri Kejohanan Golf Amal YIDE 2024 bagi mengumpul dana menampung kos pembangunan kompleks asrama anak yatim di Pulau Indah.

Kemudahan di kompleks berkenaan dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 1.5 hektar diwakafkan syarikat Central Spectrum (M) Sdn Bhd dan dijangka akan siap pada penghujung Januari 2026.

Iklan
Iklan

Pengerusi YIDE, Tan Sri Mazlan Mansor memaklumkan kerja-kerja pembinaan di tapak kompleks asrama anak yatim tersebut telah bermula pada 27 Jun 2023 dengan melibatkan dua fasa.

Beliau menjelaskan, fasa pertama bermula pada Jun 2023 hingga Disember 2024 manakala bagi fasa kedua pula bermula pada Januari 2025 dan dijangka siap pada hujung Januari 2026.

Iklan
PMazlan Mansor

"Sehingga kini, progres kemajuan pembinaan telah mencecah hampir 11 peratus," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Amal YIDE 2024 di Kelab Golf Seri Selangor di sini pada Ahad.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli bertemu peserta dan merasmikan kejohanan di kelab golf tersebut.

Iklan

Seramai 128 orang peserta yang mewakili agensi, syarikat korporat dan individu perseorangan menyertai Kejohanan Golf Amal YIDE 2024 anjuran YIDE tahun ini.

Sebahagian peserta mewakili agensi, syarikat korporat dan individu pada majlis penyampaian hadiah

"Sumbangan sebanyak RM506,500 berjaya dikumpulkan dalam kejohanan ini hasil keprihatinan penyumbang antaranya Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Stealth Solutions Sdn Bhd dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

"Selain itu, sumbangan turut diterima daripada gabungan Nikom International Group, Happy Y.G. House Sdn Berhad dan penyumbang individu yang menyertai kejohanan ini," ujarnya.

Jelasnya, anggaran kos keseluruhan pembangunan kompleks itu adalah RM17 juta dengan sumbangan terkumpul sebanyak RM9.6 juta, manakala baki dana masih diperlukan sebanyak RM7.4 juta.

"Kemudahan tersebut bakal menempatkan seramai 150 anak yatim dengan fasiliti lengkap dan kondusif seperti asrama, surau, dewan serbaguna, pusat komersial dan gelanggang permainan.

"YIDE turut berharap sumbangan yang diterima itu dapat membantu membiayai baki dana yang diperlukan untuk menyiapkan kompleks asrama anak yatim terletak di Pulau Indah," ujarnya.

Tambahnya, YIDE juga mempelawa orang ramai untuk membentuk rangkaian sinergi demi memastikan kelangsungan Kebajikan anak-anak yatim di Selangor khususnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!