[ANALISIS] PH rampas dua PDM, Pas nafi boikot
Iklan
PH dengan kerjasama UMNO-Barisan Nasional (BN) pada kali ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada undi Melayu apabila sokongan segmen itu melonjak 3.7 peratus berbanding PRN 2023.
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) melabuhkan tirai dengan calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao, 31, seperti dijangka berjaya mengekalkan kerusi ‘panas’ itu daripada dirampas Perikatan Nasional (PN).
Berbekalkan kemenangan selesa dengan undi majoriti 3,869, Sock Tao yang memperolehi 13,599 undi, berjaya mengetepikan cabaran calon PN, Khairul Azhari Saut daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendapat 9,562 undi.