Umum naik gaji penjawat awam penyumbang kemenangan
Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meraikan kemenangan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao yang diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu yang baharu pada sidang media di Bangunan UMNO Bahagian Hulu Selangor pada malam Sabtu. Foto Bernama
SHAH ALAM - Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam menjadi antara penyumbang kepada berlakunya perubahan undi daripada anggota polis dan tentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, beliau tidak menolak faktor tersebut kerana tindakan kerajaan telah memberi kelegaan kepada kepada penjawat awam setelah lebih 10 tahun tiada kenaikan gaji dilaksanakan.