'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Iklan
Ahmad Zahid berucap ketika sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78.
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
Menurutnya, selaku presiden ke-8 yang mengambil alih tampuk kepimpinan ketika UMNO diuji, beliau tidak akan putus harap dan akan terus mengikhtiarkan agar parti itu tetap menjadi pilihan rakyat.
Ahmad Zahid bersama barisan kepimpinan UMNO ketika sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78.
Iklan
Iklan
"Ada yang lari apabila diuji dengan kekalahan, ada yang khianat bila diugut lawan, ada yang rambang mata kerana ditawar jawatan.
"Selagi saya di sini, akan saya pastikan perjuangan UMNO tidak sedikit pun tersasar. Saya akan pastikan UMNO ini 'direbus tak empuk, direndam tak basah'," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78.
Suasana Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78.
Iklan
Beliau menambah, sejak Pilihanraya Umum ke-15, tiada satu pun cawangan UMNO dibubarkan atau terkubur dan ia menjadi perkara yang perlu disyukuri serta penghormatan harus diberikan kepada akar umbi parti.
Katanya, UMNO memerlukan pemimpin yang menampilkan idea segar dan bernas serta mengorak langkah sesuai anjakan perubahan politik semasa.
Iklan
"Di era ini, persepsi lebih dipercayai daripada realiti. UMNO mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran, mengekang fitnah dahsyat di media sosial,"katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa barisan kepimpinan dan akar umbi menguasai platform media sosial untuk mencipta sentimen, naratif dan aura positif untuk dekati rakyat.
"Saya mahu lebih ramai pemimpin UMNO, bermula dari peringkat MKT (majlis kerja tertinggi) sehingga ke bahagian, ADUN (ahli dewan undangan negeri) dan Ahli Parlimen mula teroka 'dunia baharu' dan tidak lagi berada di takuk cara yang lama,"katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.