[VIDEO] Fokus pertama cari rumah, tinggal di Kuala Kubu Baharu - Sock Tao
Iklan
HULU SELANGOR - Fokus utama Pang Sock Tao selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ialah mencari tempat tinggal di kawasan tersebut.
Sock Tao berkata, langkah itu bagi memudahkannya memberi tumpuan perkhidmatan kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Iklan
Iklan
Sock Tao (tengah) bergambar bersama penduduk setempat semasa program edaran bunga sekitar Pekan Rasa pada Ahad.
"Perancangan pertama saya ialah cari rumah secepat mungkin dan memulakan operasi pusat khidmat serta menyusun gerak kerja bersama pasukan sedia ada untuk mendengar masalah rakyat.
Sock Tao (kanan) turun padang hari pertama sebagai wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu.
"Terima kasih kepada pengundi Kuala Kubu Baharu yang telah menunaikan tanggungjawab dan saya akan terus bekerja serta berusaha menyelesaikan isu tempatan," katanya pada hari pertama sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu.
Iklan
Program edaran bunga sempena Hari Ibu dan penghargaan kepada pengundi diadakan di Pekan Rasa pada Ahad.
Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan pemenang menewaskan tiga pencabar lain selepas memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.
Iklan
Sock Tao memberitahu, beliau akan menggunakan pejabat mendiang, Lee Kee Hiong sebagai Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Baharu dan akan mula beroperasi bermula Selasa ini.
Sock Tao pada program edaran bunga sekitar Pekan Rasa pada Ahad.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>