Kemenangan PH beri isyarat terus kerja kuat - Anwar
Iklan
Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu malam ini memberi isyarat jelas untuk Kerajaan Perpaduan terus bekerja kuat menarik pelabur seterusnya memulih dan memperkukuh ekonomi negara.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab itu dengan baik demi rakyat.
Iklan
Iklan
"Pada Majlis Malam Sambutan 25 Tahun PKR di Sentul malam ini, saya mulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada calon PH yang berjaya mempertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
"Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh jentera Kerajaan Perpaduan yang mempamerkan kesepakatan dan semangat luar biasa bagi mempertahan kemenangan,” katanya.
Iklan
Pada PRK itu, calon PH, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Anwar turut mengingatkan semua ahli PKR terutama generasi muda untuk menghayati idealisme dan tidak terpukau dengan godaan memunggah kekayaan.
Iklan
Beliau berkata, bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan Keadilan mempasak perubahan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>