Tidak Rasmi: PH pertahan DUN Kuala Kubu Baharu

Iklan
Pang Sock Tao.

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan memperoleh sebanyak 14,000 dengan majoriti 3,869 undi.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan calon berusia 31 tahun berkenaanmenewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Khairul Azhari mendapat 10,131, Hafizah (152) dan ke Xin (188).

Iklan

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa PH menang PRK Kuala Kubu Baharu dengan majoriti lebih 3,000 undi.

"Tahniah parti Pakatan Harapan mewakili kerajaan perpaduan memenangi pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti besar lebih 3,869 undi,” katanya menerusi hantaran di muat naik di Facebook.

Iklan

PRK Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Mendiang kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Rqya (SPR), seramai 40,226 pemilih di DUN berkenaan layak mengundi termasuk 863 pengundi awal.

Secara keseluruhan sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Bagaimanapun, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!