Nahas 3 lori: Laluan berhampiran Terowong Menora sesak 7km

Iklan
Keadaan nahas membabitkan tiga kenderaan berat berhampiran Terowong Menora, pagi tadi.

Foto: Pembaca

IPOH - Laluan arah utara di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar dekat sini sesak sejauh lebih 7km susulan kemalangan melibatkan tiga lori pagi ini.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi di Kilometer 257.0 membabitkan dua treler dan sebuah lori tangki.