Kes Faisal disimbah asid: Suspek kedua bebas dengan jaminan polis

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Suspek kedua yang diberkas di Bandar Baru Bangi, Kajang sebelum ini berkaitan kes simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dibebaskan pada Sabtu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi kenyataan memaklumkan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah proses soal siasat selesai dijalankan.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada suspek, bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek-suspek lain yang terlibat dalam kejadian ini.

"Suspek yang dibebaskan itu boleh dipanggil bila-bila masa untuk membantu siasatan dalam kes sekiranya diperlukan," katanya pada Sabtu.

Iklan

Suspek berkenaan sebelum ini direman sehingga hari ini (Sabtu) bagi siasatan lanjut berhubung kejadian.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya dalam proses menyiapkan lakaran wajah atau fotofit suspek terlibat.

Iklan

Mengulas mengenai jumlah individu yang direkod keterangan, Razarudin memaklumkan lebih 12 individu setakat ini telah direkod keterangan termasuk melibatkan mangsa (Faisal), keluarga mangsa, doktor dan saksi berkepentingan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 5 Mei lalu, Faisal alami melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada hari kejadian serta Isnin lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!