Premis Mara dijadikan stor, tidak dibuka akan diberi notis pengosongan

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Notis pengosongan dua bulan akan diberi kepada mana-mana pihak yang bertindak menjadikan premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai stor atau tidak dibuka seperti dalam perjanjian.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia merupakan salah satu langkah drastik menerusi Program Transformasi Premis Komersial Mara yang diumumkan sebelum ini bagi memastikan premis berkenaan terus berfungsi membantu usahawan bumiputera menjana pendapatan.

Iklan
Iklan

"Semua Pengurus Mara Daerah seluruh Malaysia telah pun diarahkan oleh pihak pengurusan untuk bertindak.

"Saya sendiri akan pantau dan dapatkan maklumat mengenai perkembangannya daripada pihak pengurusan melalui mesyuarat majlis setiap bulan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, sebanyak 7,289 premis komersial milik Mara akan berwajah baharu menerusi program berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM16 juta tahun ini.

Menurut Aysraf Wajdi, kos berkenaan membabitkan arked, bazar dan lot kedai milik agensi tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ia merupakan salah satu usaha untuk membangunkan semula premis Mara sedia ada.

"Program transformasi ini bukan sekadar untuk merubah wajah premis Mara seperti arked, bazar dan lain-lain supaya nampak lebih segar serta progresif dengan peredaran zaman tetapi paling penting mampu menjana ekonomi dengan membuka peluang kepada usahawan bumiputera yang serius untuk memajukan perniagaan masing-masing," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!