Kumpulan jemaah pertama masuk Raudah

Iklan
Kumpulan jemaah haji Malaysia pertama memasuki Raudah pada petang Jumaat.

MADINAH - Seramai 282 orang jemaah haji yang terdiri daripada kumpulan penerbangan KT1 dan KT2 telah diberi peluang menziarahi Raudah pada petang, Jumaat.

Ziarah Raudah merupakan salah satu aktiviti yang dinanti-nantikan setiap para jemaah haji Malaysia kerana lokasi tersebut merupakan tempat mustajab doa.

Iklan
Iklan

Rombongan tersebut berkumpul sekitar jam 1.30 petang setelah selesai solat Jumaat.

Raudah merupakan tempat mustajab doa.

Kebanyakan jemaah yang pertama kali masuk ke Raudah berasa bersyukur atas peluang untuk menjejakkan kaki ke Raudah dan berharap akan diberi peluang lagi masuk ke Raudah.

Iklan

Raudah adalah taman syurga di dalam Masjid Nabawi yang disebut langsung oleh Nabi Muhammad SAW.

Selain aktiviti ini, jemaah haji turut menjalankan aktiviti ziarah luar dengan mengunjungi Bukit Uhud dan Masjid Quba.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!