Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati

Iklan
Ciapan di aplikasi X yang tular pada Jumaat.

SHAH ALAM - Tular satu ciapan di aplikasi X pada Jumaat memaparkan sikap rakyat Malaysia yang bertindak memakir kereta sesuka hati sehingga menjadi tajuk berita utama di Jepun.

Menerusi perkongsian foto pengguna bernama @pja_chan, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.

Iklan
Iklan

"Ini parkir berbayar yang sudah ada ruangan untuk setiap kereta dan tidak boleh bertindih macam ini. Kenapa buat macam ini sampai menyusahkan orang ya?" soalnya.

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture dan kereta berkenaan disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Iklan

Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya hendak keluar parkir tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana kenderaan sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang jalan utama.

Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa wanita tersebut telah meminta dia mengalihkan kenderaan untuk memudahkannya keluar.

Iklan

Ujar @pja_chan lagi, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan rakyatnya meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

"Ada tempat letak kereta yang ditetapkan berbayar. Tak ada istilah parkir bertindih. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia di internet. Kesannya terpalit dekat rakyat negara ini yang duduk di sana terutamanya kerana sudah mempunyai pendangan buruk. Silap-silap pelancong Malaysia pun mereka sudah tidak suka selepas ini.

"Parkir di sana sudahlah mahal, disebabkan hal ini kena memanjangkan masa tiga jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jek lagi. Memang menyusahkan orang, manalah orang tak marah," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!