Sedih julang piala dengan cara ini - Tunku Mahkota Ismail

Iklan
Tunku Mahkota Ismail (tengah) bersama pegawai dan para pemain JDT di Stadium Sultan Ismail pada Jumaat. Foto FB Johor Southern Tigers

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.

Skuad kendalian Hector Bidoglio meraih trofi pertama pada musim 2024/25 selepas lawan pada Piala Sumbangsih, Selangor FC (SFC) memilih tidak hadir ke perlawanan itu yang dijadual pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Ia susulan isu keselamatan yang menjadi kebimbangan skuad Gergasi Merah selepas pemain sayap, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di Petaling Jaya Ahad lalu.

Baginda berkongsi rasa sedih itu menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.

Iklan

"Sedih untuk menjulang piala dengan cara ini, tetapi rezeki tetap rezeki.

"ALLAH sebaik-baik perancang," catat baginda menerusi ruangan komen di Instagram Johor Southern Tigers.

Iklan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis mengesahkan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan SFC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan susulan keputusan kelab untuk tidak hadir menyertai aksi tersebut.

Susulan itu, badan pengendali liga tersebut mengumumkan skuad Harimau Selatan turut mendapat tiga mata pertama bagi musim 2024/25 sekali gus Piala Sumbangsih kekal di Johor.

MFL bagaimanapun memaklumkan perkara lain berkaitan penarikan diri SFC itu akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!