Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Iklan
KUALA LUMPUR - Lima anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Menurut sumber, kesemua suspek disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM500 hingga RM1,500 secara bulanan melalui pindahan akaun orang tengah daripada sebuah syarikat perikanan sebagai dorongan untuk membocorkan maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan.