Hujan di Terengganu selepas tiga minggu cuaca panas, kering

Iklan
Rakaman gambar sekitar jam 8 pagi menunjukkan kawasan bandar Kuala Terengganu menerima hujan sejak awal pagi Jumaat. Gambar kecil: Rosli

KUALA TERENGGANU - Kesemua daerah di Terengganu kembali menerima hujan sejak awal pagi Jumaat selepas sebahagian besar negeri itu mengalami cuaca panas dan kering sejak hampir tiga minggu lalu.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, cuaca lembap diramalkan berterusan di semua daerah negeri itu sehingga Ahad ini.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan rekod dalam tempoh seminggu, keadaan cuaca lembap di kawasan perairan pedalaman berlaku pada sebelah pagi dengan kadar kelembapan yang rendah atau sederhana pada 10 hingga 12 Mei.

"Pada 13 hingga 16 Mei pula, keadaan cuaca diramal baik dan mendung di kesemua daerah terutama di kawasan perairan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, stesen Meteorologi di tiga daerah di Terengganu sebelum ini merekodkan kawasan tersebut tidak menerima hujan dalam tempoh 12 hingga 29 hari.

"Dua kawasan di daerah Besut iaitu di Gong Kedak tidak menerima hujan selama 29 hari dan Institut Pertanian Besut selama 17 hari.

Iklan

"Selain itu, Kuala Terengganu mengalami cuaca panas dan kering selama 20 hari diikuti Setiu (Felda Chalok) selama 12 hari," ujar beliau.

Beliau berkata, cuaca hujan telah menurunkan suhu purata negeri itu kepada bawah 36 darjah Celcius berbanding rekod 37.5 darjah Celsius sebelum ini.

Jelas beliau, sebelum ini lapan lokasi di Terengganu merekodkan suhu harian melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut sejak 2 Mei lalu melibatkan Felda Tenang, Besut; Felda Belara, Kuala Terengganu; Felda Chalok, Setiu dan Bukit Besi, Dungun.

"Turut mencatatkan suhu melebihi 35 darjah Celcius ialah kawasan Gong Kedak, Besut; Jerangau, Dungun; Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu dan Institut Pertanian Besut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!