Eddlee Fried Chicken fokus kekal enak, murah

Iklan
Eddlee Fried Chicken kekal rasa tersendiri. Gambar kecil: Eddlee

KOTA BHARU - Pengusaha ayam goreng tempatan popular dari Kelantan, Eddlee Fried Chicken terus fokus dalam mengekalkan rasa yang tersendiri selain harga murah.

Pemilik Eddlee Fried Chicken, Eddlee Ismail berkata, persaingan industri makanan itu bertambah dengan kemunculan banyak pengusaha ayam goreng yang baharu.

Iklan
Iklan

Katanya, bagaimanapun, ayam Eddlee Fried Chicken kekal pada standard ‘harga pasar malam’ iaitu RM3.30 seketul sebelum cukai jualan dengan saiz ayam standard.

"Kami bermula pada 1987 dengan menjual ayam goreng di pasar-pasar malam.

Iklan

"Sekarang sudah ada 14 cawangan restoran Eddlee Fried Chicken di Kota Bharu dan kawasan pinggir Bachok iaitu Bukit Marak serta Kedai Lalat manakala harga masih murah kerana kami mahu semua orang dapat makan ayam goreng,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Cawangan Eddlee Fried Chicken di Kota Bharu.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan pembeli dari segenap lapisan dan tidak tertumpu pada sesuatu kelompok sahaja.

Iklan

"Keuntungan tipis apabila jual murah dan pada masa sama kami tetap akan memikat pelanggan dengan rasa dan kualiti ayam goreng daripada Eddlee Fried Chicken.

"Kami amalkan perkhidmatan yang jujur kepada pelanggan walaupun perlu menampung cukai dan daripada situ, operasi kami dapat berkembang dengan baik hingga sekarang,” katanya.

Eddlee dalam masa sama mempelawa semua untuk cuba merasai keenakan produk ayam goreng keluaran Eddlee Fried Chicken.

Sebelum ini, isu ayam goreng keluaran tempatan hangat diperkatakan apabila sebuah pengusaha francais tempatan terpalit dengan isu komen berbaur perkauman.

Restoran makanan segera itu menerima kritikan pengguna media sosial susulan penggunaan perkataan 'type C' dalam sebuah komen maklum balas terhadap pelanggannya baru-baru ini.

Terdahulu pelanggan terbabit berharap restoran yang baharu beroperasi di Bukit Beruntung, Selangor itu menyemak semula kadar harga hidangan yang didakwa lebih mahal berbanding restoran makanan segera sedia ada di pasaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!