Pusat hiburan dibaling bom petrol

Iklan
Rakaman CCTV memaparkan beberapa individu membaling objek dipercayai bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Suasana gempar di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng di sini selepas sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol dalam kejadian awal pagi Khamis.

Video kejadian pertama yang tular berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.

Iklan
Iklan

Individu terlibat kemudiannya dilihat membaling objek dipercayai bom petrol ke arah premis terbabit sebelum beredar.

Tangkap layar video tular memaparkan beberapa individu cuba memadamkan kebakaran di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis.

Video kedua tular memaparkan beberapa individu bertindak membantu memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!