Umum keputusan SPM pada hari persekolahan - Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) dicadangkan supaya menetapkan tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada hari persekolahan iaitu pada 23 Mei atau 3 Jun tahun ini.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia berikutan tarikh tersebut tidak berada dalam tempoh cuti persekolahan sekali gus memberi peluang kepada guru-guru untuk beristirahat.

Iklan
Iklan

"KPM menetapkan tarikh 27 Mei 2024 untuk mengeluarkan keputusan peperiksaan SPM 2023. Tarikh itu berada dalam tempoh cuti persekolahan.

"Alangkah baiknya jika keputusan SPM dimaklumkan dalam tempoh sesi persekolahan bagi memberikan ruang selesa untuk guru-guru bercuti.

Iklan

"Mungkin KPM boleh tetapkan 23 Mei iaitu Khamis atau 3 Jun pada Isnin. Sekadar menyampaikan luahan rakan-rakan guru-guru KPM,” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.

Pada Rabu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.

Iklan

Menurut kenyataan tersebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!