Cabaran berbeza buat KL City, Terengganu FC

Iklan

JUARA Liga Thailand 2022/23, Buriram United FC merupakan antara pencabar utama Kuala Lumpur (KL) City FC selepas The City Boys diundi dalam Kumpulan B Kejuaraan Kelab Asean (ACC) 2024 di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Khamis.

Saingan yang menyingkap tirai Julai depan juga menyaksikan KL City juga diundi bersama juara Liga Vietnam, Cong An Ha Noi FC selain pendahulu Liga 1 Indonesia, Borneo FC Samarinda.

Iklan
Iklan

Kelab Singapura, Lion City Sailors FC dan juara Liga Filipina, Kaya FC-Iloilo melengkap senarai lawan naib juara Piala FA 2023 dari Kumpulan B edisi sulung kejuaraan itu.

Satu lagi wakil negara, Terengganu FC (TFC) berstatus naib juara Liga Super 2023 pula diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara liga Thailand, BG Pathum United, PSM Makassar FC (Indonesia) dan Dong A Thanh Hoa FC (Vietnam).

Iklan
Iklan

Pemenang Playoff 1, Young Elephants FC (Laos) berdepan Svay Rieng FC (Kemboja) dan pemenang Playoff 2, Kasuka FC (Brunei) menentang Shan United FC (Myanmar) akan melengkapkan senarai kumpulan.