Suhu di Pasir Mas, Kuala Krai boleh cecah 40 darjah Celsius

Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Berdasarkan kenyataan MetMalaysia di Facebook, 11 kawasan lain di Semenanjung Malaysia juga direkodkan berada di tahap satu atau berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Iklan
Iklan

Kawasan tersebut melibatkan Perlis, Hulu Perak (Perak); Baling (Kedah), Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di Facebook pada Khamis.

Selain itu, Setiu (Terengganu), Raub dan Rompin (Pahang) manakala di Kota Marudu, Sabah dan Mukah di Sarawak juga berada di tahap berjaga-jaga yang direkodkan setakat jam 4.30 petang Khamis.

Iklan

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan