KPWKM teliti bantuan kepada keluarga mangsa maut dihempap pokok

Iklan
Nancy (kiri) menziarahi keluarga Nor Pahidah di Seksyen 24 Shah Alam, pada Khamis. Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga Md Rizal Atan, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, pada Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan itu sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa, Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.

Nancy (tengah) meluangkan masa menziarahi keluarga Md Rizal di rumah keluarganya di Seksyen 24 Shah Alam pada Khamis. Foto Bernama

Iklan
Iklan

"Tiga anak Allahyarham masih lagi belajar manakala seorang lagi belum bersekolah. Kita simpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan akan cuba memberikan bantuan sepatutnya.

"Kejadian ini baru sahaja berlaku. Jadi kita sedang meneliti bantuan apa yang boleh diberikan dan kita akan mendapatkan maklumat mengenai keluarga ini daripada adik Allahyarham, yang kebetulan bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa menziarahi keluarga Md Rizal di rumah keluarganya di Seksyen 24, di sini pada Khamis.

Nancy turut menyerahkan wang tunai RM3,000 serta bekalan makanan, sumbangan Yayasan Kebajikan Negara untuk meringankan beban keluarga terbabit.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan Md Rizal, 47, yang bekerja sebagai pemandu peribadi maut dihempap pokok tumbang di ibu negara, semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!