KDA FC ajak penyokong bantu jana kewangan skuad Sang Kenari

Iklan
Mohd Daud (duduk depan, lima dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil kelab penyokong Kedah pada satu pertemuan yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini. - Foto: KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mahu menarik lebih ramai lagi penyokong untuk memberikan sokongan terutamanya dalam membantu mereka mengukuhkan kewangan kelab pada musim ini.

Pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, Sang Kenari mahu mewujudkan platform sokongan paling kurang 50,000 penyokong setia bagi menjana kekuatan kewangan pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah besar penyokong Kedah boleh membantu pelan yang akan diperkenalkan iaitu membeli pelbagai barangan keperluan asas sebanyak RM100 setiap bulan.

"Kita mahu kelab penyokong membuka minda baharu dengan satu perubahan dalam era sokongan kerana keadaan kini sudah berubah," katanya kepada 50 wakil daripada pelbagai kelab penyokong Kedah.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan yang diadakan bagi menjelaskan situasi semasa KDA FC selain membentangkan pelan pemulihan bagi musim 2024-2025.

Mohd Daud berkata, KDA FC perlu bergerak sendiri dan bukan lagi boleh bergantung kepada sokongan kerajaan negeri semata-mata malah mengakui kelab tersebut bukan lagi memiliki kekuatan kewangan seperti dahulu.

Iklan

"Antara contoh pelan yang bakal diperkenalkan selepas ini adalah meletakkan sasaran melalui pembelian barangan keperluan asas setiap bulan yang mampu dibeli oleh penyokong KDA FC," ujarnya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!