KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada Khamis menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dikhuatiri lemas di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan di Kampung Kutan Sungai, Tumpat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin berkata, dua ekor anjing yang dikenali 'Pop' dan 'Frankie' dari baka English Springer Spaniel digunakan bagi mengenal pasti kedudukan tepat mangsa-mangsa terbabit dipercayai terjatuh dan lemas.