Remaja menangis didakwa rogol anak saudara tiri

Iklan
Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Khamis.

ALOR GAJAH - Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Kampung Paya Datuk di sini, kira-kira jam 2 pagi 18 Februari dan sekitar 2.30 pagi pada 23 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasrudin menawarkan jaminan RM40,000 terhadap tertuduh serta syarat tambahan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kedai makan dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik merayu jaminan rendah dikenakan terhadapnya kerana bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya suri rumah.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 10 Jun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!