Rasuah: pengurus besar agensi kerajaan, pegawai kanan disambung reman

Iklan
Kesemua suspek yang dikawal anggota SPRM keluar dari mahkamah selepas selesai sambung reman.

KOTA BHARU - Pengurus besar sebuah agensi kerajaan dan seorang pegawai kanan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mei lalu, disambung reman selama tiga hari di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.

Perintah dikeluarkan oleh Hakim, Nik Habri Muhamad.

Iklan
Iklan

Mereka disambung reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Iklan
Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

Dua lagi pegawai kanan yang ditahan melibatkan siasatan kes sama dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tahanan reman terhadap mereka tamat hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, tiga pegawai kanan agensi kerajaan berusia antara 40 hingga 49 tahun itu ditahan jam 7.30 malam pada 5 Mei lalu.

Iklan

Mereka ditahan reman selama empat hari bermula 6 Mei sehingga Khamis kerana dipercayai terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Mereka juga dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

Seorang lagi ditahan pada 30 April lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu dan ditahan reman selama sembilan hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!