ADUN Selat Klang tidak bimbang jadi bahan kempen PN
Iklan
Abdul Rashid ketika muncul di pentas ceramah PH di Batang Kali pada malam Rabu.
HULU SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari tidak bimbang sekiranya menjadi sasaran kempen pembangkang susulan tindakannya turun membantu Pakatan Harapan (PH) di Kuala Kubu Baharu.
Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor muncul di pentas ceramah PH di Batang Kali di sini pada malam Rabu.
Iklan
Iklan
Jelasnya, beliau akan berkempen habis-habisan untuk memastikan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak memberi undi kepada calon Perikatan Nasional (PN).
"Saya tidak kalau kehadiran saya ini (di pentas ceramah PH) dijadikan bahan kempen PN. Silakan...saya tidak kisah.
Iklan
"Saya sudah membuat semakan, Perlembagaan Bersatu tidak ada peruntukan yang mana jika saya membuat ceramah di mana-mana mereka boleh ambil tindakan.
"Mereka boleh pecat saya sekiranya keluar daripada parti dan mendukung parti lain tapi tidak ada peruntukanyang mengatakan saya tidak boleh ceramah.
Iklan
"Jadi saya boleh ceramah di mana-mana tempat tidak kiralah bagi Kerajaan Perpaduan dan sebagainya kerana tidak ada peruntukan (dalam Perlembagaan Bersatu) yang nyatakan tidak boleh ceramah," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan dirinya akan menjadi sasaran kempen PN susulan muncul di pentas ceramah PH.
Abdul Rashid sebelum ini mengisytihar sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Sementara itu, ketika di pentas ceramah, Abdul Rashid berkongsi kisahnya diabaikan oleh parti, meskipun sebelum ini menjadi orang kuat yang membentuk Bersatu di Selangor.
Katanya, segala kerja kerasnya tidak dipandang kerana parti didakwa lebih mementingkan orang luar.
"Atas sebab ini jugalah saya pilih untuk sokong Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bukan untuk diri saya semata-mata tapi buat pengundi di DUN Selat Klang," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Shafiq Halim dedah lejar transaksi RM1.1 juta didakwa berkait ketua bahagian parti"><meta itemprop="description" content="Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendedahkan satu dokumen lejar didakwa mengandungi rekod transaksi kewangan melibatkan penerimaan wang tunai dan aset mewah berjumlah RM1.1 juta oleh seorang ketua bahagian parti.
Mohamad Shafiq berkata, susulan itu beliau akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kesahihan dokumen berkenaan dan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau pecah amanah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762984/berita/nasional/shafiq-halim-dedah-lejar-transaksi-rm11-juta-didakwa-berkait-ketua-bahagian-parti
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian..
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #SPRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-06T07:56:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZmS0y1fNC0kbimJJ8/x180"><meta itemprop="duration" content="P129S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9x5xz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9x5xz0" data-playlist="xa617c"></script>