Bursa Malaysia dibuka tinggi

Iklan
Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis, didorong momentum belian berterusan walaupun prestasi di Wall Street bercampur-campur dalam tempoh semalaman. Foto Bernama

BURSA Malaysia mengalami peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis, didorong momentum belian berterusan walaupun prestasi di Wall Street bercampur-campur dalam tempoh semalaman, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.36 mata kepada 1,606.11 daripada 1,604.75 ketika ditutup semalam.

Iklan
Iklan

Indeks penanda aras itu dibuka 1.46 mata lebih tinggi kepada 1,606.21.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 187 berbanding 134, manakala 300 kaunter kekal tidak berubah, 1,707 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Iklan

Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta unit bernilai RM90.07 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, FBM KLCI kekal dalam sentimen peningkatan walaupun menghadapi tekanan jualan semasa sesi petang pada Rabu.

Iklan

Firma pembrokeran itu berpandangan bahawa pembetulan berjeda semalam sebagai sesuatu yang baik dan mungkin bertindak sebagai asas kukuh untuk aliran meningkat bursa tempatan yang berterusan.

"Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar di antara 1,600 dengan 1,615 kerana kami yakin dana asing akan terus membeli saham wajaran tinggi tempatan,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.79, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.20 dan RM6.31, Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM12.38 manakala CIMB naik dua sen kepada RM6.76.

Bagi saham aktif, Ingenieur turun setengah sen pada 7.5 sen, Jiankun tidak berubah pada 17 sen, manakala Harvest Miracle dan Iconic masing-masing naik setengah sen kepada 12 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.22 mata kepada 12,117.06, Indeks FBMT 100 menambah 7.21 mata kepada 11,734.61 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 6.96 mata kepada 12,344.53.

Sementara itu, Indeks FBM 70 susut 0.65 mata kepada 17,005.24 dan Indeks FBM ACE menguncup 1.53 mata kepada 5,134.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 9.01 mata kepada 17,484.97, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 193.11, Indeks Perladangan menokok 13.28 mata kepada 7,514.14 dan Indeks Tenaga menambah 5.20 mata kepada 986.51. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!