Penyandang lebih hadapi tekanan
Iklan
Strategi PN dalam meletakkan calon Melayu pada PRK Kuala Kubu Baharu kali ini dipercayai mampu mengganggu gugat peluang PH dalam mengekalkan kerusi DUN itu pada 11 Mei nanti. Gambar kecil: Manimaran
SHAH ALAM - Walaupun di atas kertas Pakatan Harapan (PH) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), namun majoriti bakal diperoleh calon mereka, Pang Sock Tao diramal merosot secara ketara berbanding 4,119 undi diraih mendiang Lee Kee Hiong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, tahun lalu.
Penganalisis politik, Dr G Manimaran berkata, antara punca utama kemerosotan undi dan majoriti adalah kesan gelombang penolakan berterusan pengundi Melayu, terutama golongan muda terhadap PH seperti berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan PRN lalu.