Aiden Tai, Yi Belle lebarkan status pendahulu

Iklan
Aiden Tai (kiri), Yi Belle

AIDEN Tai John Robert dan Ngo Yi Belle terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas hari kedua saingan Pusingan Pertama Kejuaraan Golf 100PLUS Srixon 2024 di Kelab Golf Templer Park, Rawang pada Rabu.

Permainan Aiden nyata lebih kemas berbanding pada Selasa bagi Kategori Lelaki bermula dengan dua birdie dan dua bogey di sembilan lubang pertama.

Iklan
Iklan

Namun dia semakin selesa meskipun beraksi di bawah terik matahari dengan dua lagi birdie di lubang 10 dan 13 serta bogey di lubang 16 untuk menutup jari kedua dengan 71 pukulan 1 di bawah par.

Selepas beraksi 36 lubang, Aiden Tai mengumpul 143 pukulan 1 di bawah par untuk mendahului saingan dengan kelebihan dua pukulan didepan Lim Hao Yu.

Iklan

"Walaupun saya berjaya catat birdie tetapi akan lakukan bogey selepas itu. Saya sedikit bergelut dengan ‘putting’ semalam (Selasa) dan hari ini (Rabu) segalanya lebih baik.

"Dia (Lim Hao Yu) pastinya akan mengejar saya dan beliau bermain dengan baik kerana saya bermain bersama Hao Yu dua hari ini. Saya berharap permainan esok (Khamis) mengikut apa yang telah dirancang,” kata Aiden.

Iklan

Sementara itu, Lim Hao Yu turut memperbaiki catatan berbanding pada Selasa apabila mengumpul par 72 untuk catatan keseluruhan selepas dua pusingan, 145 pukulan 1 di atas par.

Tangga ketiga pula milik Ammer Aiman Mohd Fauzi yang mengumpul 148 pukulan empat di atas par keseluruhan.

Kategori Wanita pula menyaksikan Ngo Yi Belle terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas mengumpul 158 pukulan 14 di atas par keseluruhan.

Biarpun begitu cabaran hari kedua tidak begitu baik buat Yi Belle apabila membenam sembilan bogey untuk menutup saingan dengan 81 pukulan sembilan di atas par.

"Hari ini (Rabu) keputusan yang tidak baik dan saya tidak gembira kerana ‘putting’ saya ketika di green banyak yang tersasar.

"Saya sedar persaingan semakin sengit kerana apa sahaja boleh berlaku dan sudah tentu saya akan bersedia dengan apa sahaja keadaan esok,” kata Yi Belle

Mengekori Yi Belle dengan perbezaan empat pukulan, Tan Ying Ying yang memperbaiki catatan berbanding pada Selasa dengan 80 pukulan lapan atas par untuk mengumpul 162 pukulan keseluruhan.

Pusingan Pertama Kejuaraan Golf Remaja 100PLUS Srixon 2024 bermula dari 7 hingga 9 Mei menghimpunkan 80 pemain lelaki dan perempuan

Sementara itu, pusingan kedua dijadualkan berlangsung di Kelab Golf Miri, Sarawak pada 11 hingga 13 Jun depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!