Dua maut, tiga rakan cedera kereta terbabas

Iklan
Kes kemalangan membabitkan warga polis tahun lalu meningkat sebanyak 14 peratus berbanding pada 2022. Gambar hiasan

MANJUNG - Dua maut manakala tiga lagi rakan cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar batu penghadang jalan dalam kejadian berhampiran Jalan Teluk Intan-Seri Manjung dekat Kampung Kayan di sini pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, nahas sekitar jam 2.30 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dinaiki lima mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta terbabit yang datang dari arah Teluk Intan menghala Seri Manjung terbabas sendiri dan melanggar batu penghadang jalan.

"Semua mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Iklan

"Dua daripada penumpang kereta mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu bersama dua lagi penumpang cedera ringan dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!