Hannah tunjuk isyarat hati, Faisal Halim balas dengan senyuman

Iklan
Hannah Yeoh (kiri), Faisal Halim

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya pemain Selangor FC, Faisal Halim mempunyai semangat tinggi walaupun berdepan dugaan besar disimbah asid pada Ahad lalu.

Malah, Hannah turut berkongsi reaksi Faisal ketika di hospital sebentar tadi apabila pemain sayap kebangsaan itu tersenyum ke arahnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindak balas Faisal itu memadai untuk memberikan perkhabaran positif buat industri bola sepak tempatan.

"Walaupun sekadar melihatnya dari jauh dan dipisahkan oleh cermin kaca, kami gembira dengan tindak balas Faisal. Saya tunjuk isyarat hati sebagai tanda kami semua sayangkannya dan dia balas dengan senyuman.

Iklan

"Sudah tentu sedih melihat keadaan beliau tetapi saya juga yakin Tuhan sayangkan Faisal, sebab itu beliau ada peluang untuk pulih sekarang. Walaupun terlantar atas katil, renungan mata dia menunjukkan yang beliau begitu positif.

"Setiap kali kita senyum dan tunjuk (isyarat) tanda hati kepadanya, dia balas dengan penuh positif," katanya.

Iklan

Turut hadir ke hospital adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin serta barisan eksekutif Selangor FC.

Hannah juga berpuas hati dengan rawatan yang diberikan oleh pihak hospital dan dia juga akan berhubung dengan isteri Faisal untuk memastikan keadaan diri dan keluarganya berada dalam keadaan yang baik.

"Kami amat gembira dan saya yakin dia akan dapat layanan dan jalani pemulihan terbaik di sini, ISN juga turut berhubung dengan doktor di sini dan kami akan beri sepenuh sokong untuk proses pemulihan dan kami juga akan menghubungi isterinya supaya dia juga ok untuk kaunseling dan sebagainya," katanya.