Peguam ditahan terima sogokan RM1.6 juta

Iklan
SPRM Perak menahan seorang peguam bagi membantu siasatan menerima sogokan berupa wang berjumlah RM1.6 juta. Gambar hiasan

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang peguam bagi membantu siasatan menerima sogokan berupa wang berjumlah RM1.6 juta.

Penahanan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibuat di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini sekitar jam 11 pagi pada Rabu.

Iklan
Iklan

Sumber memaklumkan, lelaki itu ditahan sebaik menerima wang tunai RM100,000 dan dua keping cek bernilai RM1.5 juta daripada seorang usahawan.

Sogokan tersebut dipercayai bagi membantu menutup kes penipuan pelaburan membabitkan usahawan berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah esok (Khamis) bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!