Arab Saudi umum penalti RM12,641 jika langgar peraturan musim haji

Iklan
Pengumuman itu dibuat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menerusi platform X. Foto Agensi

RIYADH - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan penalti berjumlah 10,000 riyal (RM12,641) jika melanggar peraturan musim haji 2024 termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

Menerusi infografik dikongsi di platform X, tujuh kawasan ditetapkan itu ialah Makkah, wilayah Tengah, Masayir, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penalti itu akan dikenakan terhadap kesemua individu termasuk warga tempatan manakala rakyat asing yang ditahan akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Riyadh untuk tempoh yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.

"Langkah tegas ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah dalam melaksanakan Rukun Islam Kelima. Ia kekal menjadi keutamaan kami,” ujar kementerian itu lagi.

Iklan

Difahamkan, pelanggaran peraturan musim haji boleh membawa kepada hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga 50,000 riyal (RM63,096). - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan