Bomba selamatkan warga emas terperangkap banjir

Iklan
Anggota bomba membawa keluar mangsa selepas kediamannya dinaiki banjir kilat, pada Rabu. Foto JBPM Selangor.

KAJANG - Seorang wanita warga emas diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumahnya di Kampung Sungai Kantan, di sini dinaiki air pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat pada jam 6.04 petang.