Ada ADUN pembangkang terpaksa berhutang - Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim

KUANTAN - Ketua Pembangkang Pahang mendakwa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terpaksa berhutang dengan membuat pinjaman bank untuk membantu rakyat.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pinjaman itu antara alternatif dilakukan untuk membayar sewa pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), pekerja dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Kita bayang (kan) setiap kali hendak bayar sewa (untuk) pejabat RM2,000 sebulan dan (itu) belum masuk (lagi hendak bantu) rakyat yang susah datang jumpa. (Tapi) ini kita terpaksa hadapi," katanya ketika mengadakan sidang akhbar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Rabu.

ADUN Cheka itu bagaimanapun, tidak menafikan bahawa Kerajaan Pahang ada menyalurkan pemberian kepada semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) sebanyak RM30,000 setahun.

Iklan

Beliau turut membandingkan peruntukan pembangunan di negeri lain, diagihkan antara RM200,000 hingga RM300,000 kepada pembangkang melalui Pejabat Daerah.

”Macam Perak, (kerajaan) bagi RM6,000 sebulan kepada pembangkang untuk membayar sewa pusat khidmat dan bayar gaji pekerja.

Iklan

”Pahang, kita dapat RM30,000 setahun dan RM5,000 sebagai peruntukan kepada ADUN pembangkang, tetapi sumbangan itu (RM5,000) itu diberikan pada bulan Ramadan untuk diagihkan kepada masjid," ujarnya.

Dalam laporan sebelum ini, pembangkang menyuarakan rasa kecewa kepada pimpinan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengagihkan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!