Siasatan polis terhadap isu kasino Forest City bukan arahan kerajaan - Fahmi

Iklan
Fahmi mengadakan sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, siasatan terhadap laporan berita mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City, Johor, bukan dibuat atas arahan kerajaan, sebaliknya hasil daripada laporan polis yang dibuat firma guaman mewakili syarikat dikaitkan dalam artikel itu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Berjaya Corporation Bhd (Berjaya Corp) melalui firma guamannya yang membuat laporan polis, dan bukannya kerajaan, Kementerian Komunikasi atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Iklan
Iklan

"Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyiasat, tapi oleh kerana ada laporan (polis) maka laporan itu diambil oleh polis dan tindakan siasatan dilakukan seperti yang mengikut proses," katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Pada 26 April lepas, Berjaya Corp dilaporkan membuat laporan polis terhadap dakwaan artikel sebuah portal berita antarabangsa yang mengaitkan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan terlibat dalam perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka kasino di Forest City.

Iklan

Susulan itu Anwar, Berjaya Corp dan Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) turut menafikan laporan portal berita berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan