Polis buru suspek pecah kereta Safiq Rahim

Iklan
Laporan polis berhubung kejadian cermin kereta pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim yang dilaporkan dipecahkan di pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), di Jalan Sri Gelam, di Johor Bahru pada malam Selasa.

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu suspek yang memecahkan cermin kereta pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim yang dilaporkan berlaku di pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Jalan Sri Gelam dekat sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Iklan
Iklan

"Polis sedang mengesan dan menangkap suspek yang terbabit.

"Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai," katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam Selasa.

Iklan

Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam pada malam Selasa.

Insiden itu dikongsikan Safiq menerusi laman Instagramnya bersama salinan laporan polis yang dibuatnya selepas kejadian terbabit.

Iklan

"Tak sangka saya pula kena serang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kena berjaga-jaga,” katanya.

Menerusi laporan polis itu, kejadian berlaku pada jam 10 malam semasa dia memandu kenderaannya selepas selesai mengambil barang di pusat latihan JDT.

"Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan salah seorang pembonceng itu mengeluarkan tukul mengetuk cermin belakang kereta.

"Ketukan itu membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta manakala kedua-dua lelaki itu berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

Insiden terbaharu itu nyata membimbangkan selepas dua kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid dan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun di hadapan kediamannya di Kuala Terengganu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!