Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati

Iklan
Gambar hiasan

JAKARTA - Negara seberang sekali lagi digemparkan dengan insiden suami yang tergamak membunuh isterinya sendiri.

Kejadian terbaharu itu dilaporkan di Tanjungbatu Kota, Karimun, Kepulauan Riau di Indonesia susulan penemuan jasad mangsa di kediamannya pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa, pelaku dikenali sebagai Iwan, 23, berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati, 18, yang dikahwininya sejak empat tahun lalu dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.

Iklan

"Setiap kali saya pulang dari kerja, dia tidak pernah masak. Kebiasaannya, saya akan makan sendiri. Apabila saya meminta dia membuat kerja rumah seperti masak atau cuci baju, dia mesti akan membentak dan berkata dirinya bukan orang gaji di rumah kami," lapor TribunBatam.id memetik kenyataan Iwan pada awal minggu lalu.

Pelaku juga berasa tidak puas hati apabila ibu mentuanya juga selalu campur tangan dalam masalah rumah tangga mereka malah menyuruh isterinya mencari lelaki lain kerana pasangan itu sering berkelahi.

Iklan

Suspek juga mendakwa mangsa kantoi berselingkuh.

"Saya kerap jumpa isteri saya bersama lelaki lain di hotel," ujarnya.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa memberitahu pasangan itu sempat bertengkar sebelum Iwan hilang sabar dan bertindak di luar kawalan lalu mencekik mangsa sebanyak dua kali sebelum menikam dengan berus gigi yang telah diruncingkan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!