Tewas kerana kelemahan diri
Iklan
Pasukan yang kalah bukannya kerana kekuatan pihak lawan, sebaliknya berpunca daripada kesilapan sendiri. Gambar hiasan Bernama
SEBAGAI peminat sukan badminton, saya mengikuti pertandingan Badminton Piala Thomas dan Uber 2024 yang berlangsung 28 April hingga 1 Mei lalu di Chengdu, China. Malaysia berada dalam kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria.
Pasukan negara menang 5-0 mengalahkan Hong Kong dan Algeria. Kita tewas di tangan Denmark 3-1.